Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Miri menjadi tuan rumah kepada enam acara untuk SUKMA pada kali ini iaitu sukan pelayaran, ragbi (lelaki dan wanita), lawan pedang, karate, sofbol (lelaki dan wanita) dan pencak silat. Foto Salasiah Safian (TVS)

SUKMA 2024: Enam acara di Miri diyakini pungut emas

BySalasiah Safian

MIRI, 9 Ogos: ‘Chef de Mission‘ (CDM) Kontinjen Sarawak, Dato’ Gerald Rentap Jabu optimis enam acara sukan yang dipertandingkan di sini bakal menyumbang pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Gerald yakin akan kebolehan kesemua atlet Sarawak yang bakal beraksi dalam temasya yang bermula 17 hingga 24 Ogos ini

“Kita mengharapkan atlet kita memang dah bersedia untuk memberikan, menyumbangkan emas kepada kontinjen Sarawak.

“Saya yakin dan juga pasti daripada persiapan dari segi training mereka, kita akan mencapai sasaran kita dan ACDM kita termasuk Datuk Ripin juga akan menjaga beberapa sukan di Miri ini. Ini akan menyuntik semangat mereka,” katanya.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata demikian kepada pemberita selepas melawat venue SUKMA bahagian Miri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru warga Miri datang ke kesemua venue acara bagi menyokong kontinjen Sarawak yang beraksi di sini.

“Kita mengharapkan lebih lagi sokongan daripada warga Miri untuk datang beramai-ramai ke venue yang ada seperti IKBN ada karate dan sofbol, juga di Stadium Tertutup (Silat), Stadium Miri (Ragbi), Pelayaran dan juga di Eastwood (Lawan Pedang).

“Ini merupakan beberapa acara yang akan menyumbang emas kepada kita,” ujarnya lagi.

Sarawak sebelum ini menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada SUKMA kali ini.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan