Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Tiong Sii dan wakil penduduk Jakar selepas mengadakan tinjauan ke tapak Projek Persimpangan Jakar, Seksyen Sarikei. Foto TVS

Simpang masuk ke Jakar dilengkapi lampu isyarat tahun ini – Uggah

SARIKEI, 9 Ogos: Sebuah lampu isyarat akan ditempatkan di persimpangan masuk ke Pekan Jakar pada tahun ini bagi mengawal aliran trafik dan meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kemudahan itu akan mengatasi masalah pengguna jalan raya yang terpaksa memandu jauh untuk melakukan pusingan P (P-Turn) di hadapan.

“Saya difahamkan pengguna jalan raya terpaksa melalui perjalanan lebih 20 kilometer setiap hari. Beliau (Tiong Sii) merayu kepada kerajaan supaya masalah ini diselesaikan dengan segera.

“Perkara itu telah dibincangkan oleh pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dengan pegawainya, mereka bersetuju bahawa membina lampu isyarat di sini, pada tahun ini,” kata beliau semasa mengadakan tinjauan ke tapak Projek Persimpangan Jakar, Seksyen Sarikei, di sini hari ini.

Terdahulu, Uggah memberitahu perkara itu telah dikemukakan Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii yang prihatin terhadap permintaan penduduk setempat.

Dalam pada itu, projek pakej kontrak kerja 06 (WPC06) sepanjang 64.48 kilometer (km) yang terbahagi kepada seksyen Sarikei dan Bukit Sebangkoi kini mencapai 97 peratus siap. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan