Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Jumaat membatalkan lawatan empat hari yang dirancang ke Kazakhstan, Uzbekistan dan Mongolia. Foto AFP

PM Jepun batal lawatan ke Asia Tengah, Mongolia berhubung nasihat gempa bumi besar

ByBernama

TOKYO, 9 Ogos: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Jumaat membatalkan lawatan empat hari yang dirancang ke Kazakhstan, Uzbekistan dan Mongolia, selepas agensi meteorologi mengeluarkan amaran risiko potensi gempa bumi besar di kawasan luas Pasifik yang merentangi dari barat daya hingga tengah Jepun telah meningkat.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan nasihat pertama untuk kawasan sekitar Palung Nankai beberapa jam selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda barat daya negara itu pada Khamis.

Berita Kyodo melaporkan Kishida berkata pada sidang media selepas menghadiri upacara keamanan di Nagasaki yang menandakan ulang tahun ke-79 pengeboman atom oleh Amerika Syarikat (AS), bahawa beliau membatalkan lawatan luar negara untuk “memberi tumpuan kepada tindak balas kerajaan dan penyebaran maklumat” mengenai potensi gempa bumi besar.

“Sebagai pegawai tertinggi yang bertanggungjawab dalam pengurusan krisis negara, sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, saya harus kekal di Jepun sekurang-kurangnya selama seminggu,” sambil agensi cuaca menyeru orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi senario sedemikian, tambah Kishida.

Kishida dijadualkan menghadiri sidang kemuncak pertama Jepun dengan negara Asia Tengah — Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan — di Astana, ibu negara Kazakhstan, pada malam Jumaat.

Di ibu negara Mongolia, Ulaanbaatar pada Isnin, pemimpin Jepun itu dijadualkan bertemu dengan Presiden negara itu Ukhnaa Khurelsukh dan Perdana Menteri Luvsannamsrai Oyun-Erdene. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan