Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dasar ekonomi negara yang jelas dan kestabilan politik menjadi antara faktor yang menarik syarikat semikonduktor global. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Pelaburan tambahan Infineon bukti keyakinan terhadap dasar negara – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Dasar ekonomi negara yang jelas dan kestabilan politik menjadi antara faktor yang menarik syarikat semikonduktor global, Infineon Technologies AG (Infineon) untuk mengumumkan pelaburan tambahan berjumlah RM30.1 bilion semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keputusan mereka untuk melabur tentunya mengambil kira kedudukan politik yang stabil dan dasar ekonomi yang jelas,” kata beliau pada Majlis Peluncuran Garis Panduan mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan hari ini.

Beliau berkata transisi tenaga, pendigitalan dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) turut mempengaruhi pelaburan terbesar Infineon di Malaysia.

Semalam, penyedia penyelesaian semikonduktor dari Jerman itu mengumumkan akan menambah pelaburan lima bilion euro (RM30.1 bilion) untuk Fasa 2 pembinaan kilang fabrikasi kuasa silikon karbida 200-milimeter terbesar dunia di Kulim, Kedah.

Jumlah itu adalah tambahan daripada pelaburan awal sebanyak dua bilion euro (RM9.7 bilion) membabitkan Fasa 1. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan