Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Uggah diberi taklimat mengenai kemajuan projek jalan dari Sibujaya ke Jalan Kong Yii Khim, Sibu pada Jumaat. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Langkah hentikan kontraktor bermasalah bantu atasi projek sakit

ByDouglas Elliot

SIBU, 9 Ogos: Langkah pencegahan diambil Kerajaan Sarawak menghentikan serta-merta kontraktor yang gagal memulakan kerja dalam tempoh sebulan dan diganti dengan kontraktor baharu ternyata membuahkan hasil.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia merupkan amaran tegas kepada kontraktor untuk menyiapkan projek infrastruktur dengan segera bagi mencapai sasaran sifar projek sakit di wilayah ini.

“Setakat ini, saya rasa tindakan itu berkesan dalam memastikan kontraktor benar-benar memegang amanah mereka.

“Kalau ada petanda mereka mengalami masalah, kami akan beri sedikit masa dan tidak akan teragak-agak menamatkan kontrak sekiranya perlu.

“Ini kerana lebih awal kita menamatkan projek sakit, lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat tapak projek jalan dari Sibujaya ke Jalan Kong Yii Khim di sini, hari ini.

Tambahnya, adalah menjadi tanggngjawab kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyediakan perkhidmatan kepada rakyat Sarawak dan memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan.

Mengenai projek tersebut, Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) memberitahu pembinaan jalan berkenaan memberi suntikan ekonomi kepada penduduk sekitar Sibu dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak.

“Ia dijadualkan siap pada pertengahan bulan Disember ini namun kontraktor memberi komitmen untuk menyiapkannya sebulan lebih awal iaitu pada November,” jelasnya.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Menteri MIPD Datuk Aidel Lariwoo, Setiausaha Tetap MIPD Datu Chiew Chee Yaw dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Dr Cassidy Morris. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan