Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hebahan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menerusi Facebooknya hari ini mendedahkan acara berkenaan turut diserikan dengan Pesta Buku Sarawak. Foto: FB DBPCS

Sidang Kemuncak Penulis Muda Sarawak 2024, bermula 28 Okt di The Hills

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 8 Ogos: Sidang Kemuncak Penulis Muda Sarawak bersempena dengan Festival Penulis Sarawak bakal diadakan pada 28 Oktober hingga 3 November 2024 di The Hills, Kuching. 

Hebahan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menerusi Facebooknya hari ini mendedahkan acara berkenaan turut diserikan dengan Pesta Buku Sarawak.

Selain itu, sesi Bicara Karya Penulis Sarawak oleh SM Zakir diadakan pada 28 Okt diikuti sesi perkongsian bersama pempengaruh terkenal, CIkgu Emmet berkaitan ‘Buku sebagai Produk Pempengaruh Berpotensi’ (29 Okt).

Sidang kemuncak berkenaan bakal menutup tirai pada 30 Okt menerusi majlis perasmian dan pelancaran Buku Penulis Sarawak.

Menurut DBPCS lagi, acara sidang kemuncak berkenaan dijayakan dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak.

“Temui penulis, penerbit dan figura kegemaran anda sepanjang program berlangsung. 

“Anda turut berpeluang mengunjungi reruai jualan Pesta Buku Sarawak yang menampilkan penerbit DBP dan penerbit-penerbit lain dari seluruh Malaysia,” ujar hantaran DBPCS terbabit.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR. 

Borang pendaftaran juga boleh diakses melalui pautan berikut:

https://forms.gle/rgyJ28Vsv5yCSTd9A

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan