KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkanĀ menamatkan operasinya di Sudan Selatan yang dikendalikan oleh anak syarikatnya, Petronas Carigali Nile Ltd (PCNL).
Dalam kenyataan di laman sesawangnya pada Rabu, syarikat minyak dan gas negara itu berkata keputusan berkenaanĀ susulan daripada pelaksanaanĀ inisiatif dua tahun membabitkanĀ usaha pelupusan sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang Petronas.
āIni juga seiringĀ persekitaran industri yang berubah sertaĀ peralihan tenaga yang dipercepat,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, PCNL akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan dalam memastikan proses peralihan berjalan lancar selain mengambil kira hak pekerjanyaĀ selaras dengan undang-undang yang digunapakai, perjanjian petroleum serta dasar dan prosedur Petronas.
KehadiranĀ PCNL dalam industri minyak dan gas di Sudan Selatan adalah berdasarkan modelĀ syarikat operasi bersama (JOC) dengan kepentingan dalam tiga JOC iaitu Dar Petroleum Operating Co Ltd, Greater Pioneer Operating Co Ltd dan Sudd Petroleum Operating Co LtdĀ yang ditubuhkan PCNL bersamaĀ kontraktor perjanjian cari gali dan perkongsian pengeluaran lain.
Maklumat di laman sesawang Petronas menyatakan syarikat minyak dan gas itu menerusi PCNL telah beroperasi di Sudan Selatan sejak 2011. -TVS.