Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roje Stona mengatasi pencabar-pencabar utamanya untuk meraih pingat emas pertama Jamaica dalam acara lempar cakera lelaki di Sukan Olimpik Paris pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua. Foto AFP

Olimpik Paris: Roje Stona pecah rekod, menang emas pertama Jamaica dalam acara lempar cakera

ByBernama

PARIS, 8 Ogos: Roje Stona mengatasi pencabar-pencabar utamanya untuk meraih pingat emas pertama Jamaica dalam acara lempar cakera lelaki di Sukan Olimpik Paris pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Stona memenangi perlawanan akhir dengan lontaran sejauh 70.00 meter, mencipta rekod Olimpik baharu dan mengatasi rekod lama 69.89 meter yang dicatat oleh Virgilijus Alekna dari Lithuania di Sukan Athens 2004.

Beliau mendahului pemegang rekod dunia dari Lithuania, Mykolas Alekna yang meraih perak dengan perbezaan tiga sentimeter. Matthew Denny dari Australia memenangi gangsa dengan lontaran terbaik sejauh 69.31 meter.

“Saya sangat teruja. Saya mendahului. Saya mahu bertenang, menyusun semula strategi dan mencuba lagi.

“Tiga lontaran pertama saya tidak begitu baik, saya tidak mendapat pelepasan yang baik.

“Apabila saya memusingkannya ke sisi, ia mencecah tanah 70m, ia adalah lontaran yang hebat. Saya gembira dapat mencipta sejarah,” kata Stona, mengakui beliau berusaha mengawal emosinya setelah mendahului.

Keputusan ini merupakan pencapaian luar biasa bagi Stona, yang menduduki tempat ke-19 di kejohanan dunia tahun lepas dengan lontaran terbaik 62.67 meter. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan