Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada enam pertuduhan gagal memberikan penjelasan mengenai wang hampir RM2 juta di dalam akaun bank miliknya, dua tahun lepas. Foto hiasan, Envato.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS ekoran sentimen berhati-hati

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap perkembangan ekonomi terkini.

Penganalisis berkata pasaran global mencatatkan kenaikan semula selepas prestasi hambar pada Isnin, dan keadaan itu menunjukkan pemulihan.

Bagaimanapun, sentimen berhati-hati mungkin kekal, katanya.

Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4700/4780 berbanding dolar AS daripada 4.4725/4770 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) juga meningkat 0.27 peratus kepada 102.969 mata.

“Pasaran Asia mungkin menyaksikan pendekatan tunggu dan lihat yang diambil kalangan pelabur hari ini. Keadaan ekonomi AS akan terus mempengaruhi tindakan mengelak risiko dalam pasaran.

“Oleh itu, kami yakin ringgit boleh kekal mendatar sekitar RM4.47 hingga RM4.48 memandangkan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah AS masih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik meningkat berbanding pound British kepada 5.6697/6799 daripada 5.6837/6894 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.0889/0949 daripada 3.0879/0914 semalam, dan turun berbanding euro kepada 4.8839/8927 daripada 4.8799/8849.

Mata wang tempatan juga didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.

Ringgit mendatar berbanding peso Filipina pada 7.73/7.75.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3718/3781 daripada 3.3694/3730, dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.5912/6230 daripada 12.5848/6024.

Ringgit juga rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 276.4/277.1 daripada 276.6/277.1 semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan