Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew hadir pada majlis serahan sumbangan perabot dan kelengkapan wad oleh Chicken Run Hash House Harriers kepada Hospital Miri, semalam.

Kerjasama hospital, orang awam beri manfaat kepada komuniti

BySalasiah Safian

MIRI, 7 Ogos: Kerjasama orang awam dengan fasiliti kesihatan sangat diperlukan bagi menyokong perkhimatan yang lebih baik kepada rakyat, kata Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, sebagai contoh hospital kerajaan yang berdepan peningkatan pesakit sangat mengalu-alukan derma atau sumbangan barangan tertentu.

Di bandar raya ini jelas beliau, kerjasama berkenaan dilihat membabitkan Hospital Miri dan orang awam demi kesejahteraan bersama.

“Pemberian barangan mungkin dianggap kecil namun besar maknanya bagi mereka yang memerlukan.

“Tindakan ini adalah sangat baik kerana sumbangan yang diberikan ini akan memberikan keselesaan kepada mereka,” katanya kepada media selepas hadir di majlis penyerahan perabot kepada Hospital Miri semalam.

Menerusi majlis itu, Chicken Run Hash House Harriers menyerahkan set perabot dan keperluan wad bernilai RM14,180 kepada hospital berkenaan.

Sumbangan itu dilakukan menerusi kutipan derma daripada 61 ahli persatuan tersebut. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan