Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua orang maut selepas sebahagian bangunan sebuah hotel di Rhineland-Palatinate, Jerman runtuh pada Selasa malam. Foto hiasan Envato

Dua maut, beberapa mangsa cedera selepas hotel runtuh di barat Jerman

ByBernama

MAINZ (Jerman), 7 Ogos: Dua orang maut selepas sebahagian bangunan sebuah hotel di Rhineland-Palatinate, Jerman runtuh pada Selasa malam, menurut polis dalam satu sidang media pada Rabu.

Sementara itu, tiga lagi mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan dikhuatiri mengalami kecederaan serius, kata jurucakap pusat operasi kecemasan daerah, Jörg Teusch.

“Seluruh struktur bangunan itu tidak stabil,” lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan Teusch.

Beliau berkata kerja-kerja penggerudian teras dilakukan bagi memasang mikrofon yang kemudiannya digunakan untuk berkomunikasi dengan mangsa yang terperangkap.

Terdahulu pada Rabu, polis melaporkan bahawa empat orang berjaya diselamatkan termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, dua wanita dan seorang lelaki.

Seramai 14 orang berada di hotel ketika kejadian, lima daripadanya berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan