Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menghadiri Program Mengenang Negarawan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Foto TVS

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ‘Negarawan Sejuta Jasa’

ByTVS

KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Program Mengenang Negarawan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertemakan ‘Negarawan Sejuta Jasa’.

Program itu bertujuan untuk menghargai pengorbanan, jasa, dan sumbangan Tunku Abdul Rahman sepanjang era pentadbirannya dari tahun 1940-an hingga 1970-an.

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, .

Tema ‘Negarawan Sejuta Jasa’ adalah amat tepat untuk menggambarkan pengorbanan, sumbangan dan jasa Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Program Mengenang Negarawan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Ia bertujuan untuk mengenang dan memperingati jasa serta sumbangan negarawan yang diabadikan dalam Arkib Memorial.

Sebagai salah satu tokoh utama dalam sejarah Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah memberi sumbangan besar dalam memerdekakan negara dan membangunkan ekonomi Malaysia.

Fadillah berkata, negarawan ulung ini telah membina, mencorak dan membuka langkah untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya tidak hanya dari segi pembangunan, malah kualiti rakyatnya.

Tambah beliau, untuk menghargai sumbangan tokoh negara dan membentuk masyarakat yang celik sejarah serta berjati diri, kerajaan telah meluluskan pembangunan institusi arkib memorial di bawah pengurusan Arkib Negara Malaysia.

“Bagi mengenang jasa dan sumbangan tokoh-tokoh negara serta melahirkan masyarakat yang celik sejarah dan mempunyai jati diri yang kukuh, kerajaan di dalam Parlimen telah meluluskan pembinaan institusi arkib memorial yang ditadbir urus melalui Arkib Negara Malaysia.

“Sehingga kini sebanyak 11 buah Memorial/Galeria/ Pustaka/Rumah Kelahiran dibangunkan dan dibuka kepada orang ramai untuk lawatan. Salah satunya ialah Memorial Tunku Abdul Rahman Putra yang terletak di Jalan Dato Onn,” katanya.

Katanya, memorial ini telah dirasmikan pada 10 November 1994, tahun ini genaplah 30 tahun usia memorial tersebut dibina.

“Semua rakyat haruslah memelihara kemerdekaan negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan Masyarakat Malaysia MADANI yang sentiasa saling hormat menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban yang diseliputi sifat ihsan, saling membantu bagi memastikan masyarakat hidup sejahtera tanpa bersengketa,” ujarnya.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan