Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai yang lalu lalang melihat kenderaan yang terbakar di sepanjang jalan di akibat protes antikerajaan di Dhaka pada 5 Ogos 2024. Foto, AFP.

Seorang warga Indonesia terkorban terkait protest di Bangladesh

ByTVS

JAKARTA, 6 Ogos: Seorang warga Indonesia dilaporkan terkorban selepas hotel penginapannya terbakar, dipercayai berkaitan dengan protes besar- besaran yang sedang berlaku di Bangladesh.

Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi yang mengesahkan perkata itu berkata, pihaknya akan menguruskan untuk membawa pulang jenazah.

Syarikat penerbangan India gantung penerbangan ke Bangladesh selepas Hasina larikan diri

“Kami menerima maklumat mengenai seorang warga Indonesia bernama DU yang meninggal dunia di Jashore, Bangladesh.

“Kami juga telah menghubungi ahli keluarga di Indonesia untuk menyampaikan ucapan takziah,” katanya menerusi kenyataan media.

Difahamkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap tebal berikutan hotel penginapannya terbakar di tengah-tengah kekecohan yang berlaku.

Syarikat penerbangan India gantung penerbangan ke Bangladesh selepas Hasina larikan diri

Marsudi memaklumkan mangsa tiba di Bangladesh pada 1 Ogos lepas untuk urusan perniagaan.

Sebelum ini, Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Kedutaan Besar Indonesia di Dhaka mengeluarkan amaran agar rakyat negara itu di Bangladesh sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan demonstrasi.

Protest di negara itu yang bermula pada Julai akibat kumpulan pelajar tidak berpuas hati penetapan 56 peratus daripada jawatan sektor awam diperuntukkan kepada demografi dan kelas tertentu.

Syarikat penerbangan India gantung penerbangan ke Bangladesh selepas Hasina larikan diri

Ia kemudian mencetuskan kemarahan dalam kalangan pelajar yang menghadapi isu pengangguran dengan hampir 32 juta anak muda Bangladesh tidak bekerja.

Perkembangan terbaharu semalam menyaksikan Perdana Menteri, Sheikh Hasina melepaskan jawatannya dan dilaporkan meninggalkan negara itu ke India.

Sehingga semalam, angka kematian akibat protest itu dilaporkan mencecah 300 orang. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan