Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan kontrak pembersihan kapal tangki minyak berjumlah RM15.3 juta, tiga tahun lepas. Foto hiasan Envato

Pengurus anak syarikat antara lima ditahan SPRM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan kontrak pembersihan kapal tangki minyak berjumlah RM15.3 juta, tiga tahun lepas.

Menurut sumber, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang pengurus anak syarikat minyak dan gas, dua bekas kakitangan syarikat berkenaan manakala dua lagi individu adalah kontraktor.

“Kesemua mereka warga tempatan berusia 30 hingga 63 tahun, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan,” katanya.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan pengurus bersama dua bekas kakitangan syarikat itu direman selama lima hari manakala kedua-dua kontraktor direman tiga hari bermula hari ini, selepas SPRM membuat permohonan pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan