KOTA SAMARAHAN, 6 Ogos: Padang bola sepak Kampung Baru di sini, akan dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada komuniti kampung berkenan mengadakan aktiviti riadah.
Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, projek menaik taraf padang bola sepak itu dijangka akan dimulakan pada bulan ini.
“Kita berharap penduduk kampung akan memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses naik taraf ini,” katanya.
Sesi penyerahan Projek Naik Taraf Padang Bola Sepak Kampung Baru kepada kontraktor bersama agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan telah berlangsung dengan jayanya.
Beliau berkata, apabila siap kelak, padang itu diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada komuniti kampung untuk melaksanakan pelbagai aktiviti riadah.
“Memiliki sebuah padang yang kondusif dan lengkap adalah impian setiap penduduk kampung.
“Marilah kita bersama-sama menjaga dan memelihara padang ini untuk manfaat bersama,” ujarnya.-TVS