Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024. Foto hiasan, Envato.

Kemasukan dana asing petanda pelabur yakin prestasi ringgit, ekonomi

ByBernama

MELAKA, 6 Ogos: Kemasukan besar-besaran dana asing ke pasaran tempatan sejak kebelakangan ini memberi petanda positif keyakinan tinggi pelabur ke atas pengukuhan ringgit dan perkembangan ekonomi tempatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Beliau berkata ini berikutan ringgit yang sebelum ini dianggap terkurang nilai bagi tempoh agak lama, kini  mula memaparkan kenaikan serta minat belian daripada pelabur.

Prestasi ringgit, katanya, telah mencatat kenaikan harian terbesar dalam tempoh sembilan tahun dan mencecah paras tertinggi sejak April 2023 yang disokong oleh jangkaan kemasukan besar-besaran dana asing ke pasaran tempatan.

“Keadaan terkurang nilai ini turut menunjukkan ringgit berpotensi meningkat lagi pada masa akan datang.

“Ini terutama jangkaan Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) manakala Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pula mengurangkan kadar faedah seawal September ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan kali ke-31 (NAPSAC) di sini hari ini, yang turut dihadiri Presiden Persatuan Akauntan Sektor Awam (PSA) Malaysia Ayub Zaidin.

Sementara itu, PSA Malaysia akan menggunakan semua platform sedia ada bagi membantu memberi penerangan mengenai kaedah pengiraan pelarasan gaji penjawat awam yang dijadual diumumkan pada minggu depan.

Bercakap kepada pemberita, Ayub berkata ini termasuk taklimat secara bersemuka serta sesi penerangan dalam talian bagi memastikan garis panduan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan melalui Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat difahami oleh semua penjawat awam di pelbagai peringkat.

“Kami komited untuk memberi segala bentuk bantuan atau memudah cara dari aspek penerangan berkaitan pekeliling perbendaharaan atau perkhidmatan itu dengan memanggil wakil-wakil ke pusat tanggungjawab.

“(Peringkat) jabatan pula akan memainkan peranan masing-masing dalam menyebarkan maklumat ini,” katanya.

Laporan media sebelum ini memetik Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Mohd Shaiful Ibrahim sebagai berkata penjawat awam boleh menyemak dan mengetahui kadar baharu gaji bermula minggu depan menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).  -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan