KUCHING, 6 Ogos: Majlis Kraf Sarawak (SCC) yang akan mengadakan Borneocraft Global 2024 buat julung kali bertujuan untuk meraikan warisan budaya Borneo dan mempamerkan pelbagai kraf tradisional menyasarkan untuk mencipta Malaysia Book of Record.
Bertemakan ‘Globalising Local,’ Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, BorneoCraft Global (BCG) 2024 yang berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember 2024 akan diadakan di Kuching Waterfront dihadiri ratusan peserta dan delegasi persidangan dengan penyertaan dari Brunei, Kemboja, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
“Akan ada percubaan untuk mengadakan perhimpunan terbesar pembuat manik membuat kraf manik. Mereka menyasarkan seribu kraf, perhimpunan terbesar, kira-kira 1,000 pembuat manik, saya harap mereka dapat mencapai sasaran, dan berada dalam buku rekod Malaysia,” katanya
Beliau berkata demikian pada sidang media Borneocraft Global (BCG) 2024 Expo and Conference di Bangunan Baitulmakmur, Kuching hari ini.
BCG2024 kali ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan Bussines Events Sarawak (BESarawak).
Abdu Karim yang juga Penasihat Ekspo dan Persidangan BorneoCraft Global 2024 berkata, BCG2024 kali ini bertujuan menyediakan platform kepada penggiat seni kraf tangan tempatan untuk mempamerkan produk, bertukar pengetahuan dan kemahiran dengan penggiat seni kraf tangan antarabangsa serta meneroka peluang kerjasama jangka masa panjang.
Selain itu, beliau berkata, BCG2024 kali ini akan akan menjanjikan pengalaman yang menarik buat peserta dan acara akan diwarnai dengan pengisian menarik seperti persidangan, bengkel-bengkel khas untuk perwakilan persidangan, cabaran MasterCraft dan banyak lagi.
“Terdapat banyak perkara yang akan datang pada masa itu, akan ada persidangan di hotel, akan ada bengkel dan acara kelas induk, akan ada cabaran Mastercraft kepada semua penggiat seni kraf tangan, ada juga pameran. Datang ke pasar, akan ada penjualan kraf.
“Jadi jangkaan peserta, ialah 500 peserta, 300 dijangkakan delegasi persidangan, jadi pelawat ekspo ialah mereka dari dalam dan sekitar Kuching serta pengunjung dari luar Sarawak,” ujarnya.
Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Pengerusi Penganjur BCG2024, Datuk Snowdan Lawan.-TVS