Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang memantau dengan teliti pergerakan Taufan Tropika Debby. Foto hiasan Envato

Taufan Tropika Debby:Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat berwaspada

ByBernama

PUTRAJAYA, 5 Ogos: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang memantau dengan teliti pergerakan Taufan Tropika Debby.

Ketika ini, taufan Kategori-1 itu dijangka melanda Big Bend, Florida sekitar tengah hari 5 Ogos, kata kenyataan itu pada Isnin.

Taufan itu dijangka terus bergerak ke timur ke kawasan pesisir Georgia dan Carolina Selatan.

“Kami menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas untuk terus berwaspada dan mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti sepanjang musim taufan dan memberikan kemas kini yang diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia yang terletak di: 777 South Figueroa Street, Suite 600, Los Angeles, California, atau melalui panggilan telefon di: +1-213-892 1238 atau e-mel: mwlosangeles@kln.gov.my -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan