Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Sarawak, Muhamad Naqiuddin Ahmad semasa ditemui media Foto TVS

Promosi Kraf Malaysia 2024 perkasa sosioekonomi rakyat

MIRI, 5 Ogos: Program Promosi Kraf Malaysia 2024 di sini merupakan antara usaha Perbadanan Kraftangan Malaysia untuk memperkasakan sosioekonomi rakyat.

Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Sarawak Muhamad Naqiuddin Ahmad berkata, pihaknya mendapati jumlah komuniti yang terlibat dalam bidang kraf tangan meningkat.

Jelas beliau menerusi program berkenaan di sini pihak ingi memperkasakan sosioekonomi rakyat dengan membantu komuniti serta usahawan di sekitar Miri.

“Kita saksikan landskap kraf tangan ada penambahan penglibatan komuniti.

“Ini dapat membantu orang sekeliling termasuk masyarakat di pedalaman, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU),” katanya kepada media selepas hadir program itu di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Program selama sepuluh hari bermula 2 sehingga 11 Ogos ini menghimpunkan lebih 30 usahawan kraf dari Sarawak, Sabah, Melaka dan Kelantan.

Antara pengisian termasuklah jualan produk kraf, hebahan pendaftaran ‘Jom Masuk IKN (Institut Kraf Negara) dan promosi hebahan Jerayawara ‘Ini Kraf Malaysia’. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan