Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki membawa senjata tajam ke dalam padang ketika berlaku perselisihan faham dalam satu perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA di sini, semalam. Foto media sosial

Polis kesan lelaki bawa senjata tajam ke perlawanan bola sepak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki membawa senjata tajam ke dalam padang ketika berlaku perselisihan faham dalam satu perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 2.21 pagi tadi daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun.

Beliau berkata pengadu mendakwa berlaku perselisihan faham antara pasukannya dengan pasukan lawan sebelum seorang pemain dari pihak lawan membawa masuk senjata tajam ke dalam padang dan mengacukan kepada salah seorang pemain pasukannya.

“Tiada pemain bola sepak daripada kedua-dua pasukan cedera dalam kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular beberapa gambar di media sosial menunjukkan seorang pemain bola sepak difahamkan daripada liga sosial memegang senjata tajam disyaki kerambit ketika berlaku perselisihan faham di dalam padang.

Terdapat juga beberapa gambar menunjukkan lelaki terbabit memegang senjata di kedua-dua belah tangannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan