Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis memberkas sembilan suspek termasuk lapan lelaki warga asing selepas disyaki terbabit dalam kejadian pembunuhan rakan sekerja di sebuah restoran masakan Thailand di Jalan Bukit Genting di sini awal pagi tadi. Foto hiasan Envato

Polis berkas sembilan suspek bunuh rakan sekerja di restoran

ByTVS

BALIK PULAU, 5 Ogos: Polis memberkas sembilan suspek termasuk lapan lelaki warga asing selepas disyaki terbabit dalam kes pembunuhan rakan sekerja di sebuah restoran masakan Thailand di Jalan Bukit Genting di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung penemuan seorang lelaki warga asing dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia disyaki ditikam kira-kira pukul 3.15 pagi.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku selepas pergaduhan antara mangsa dengan beberapa suspek yang bekerja di tempat sama.

“Polis yang melancarkan Ops Kejam Genting telah berjaya menahan lapan lelaki warga asing dan seorang lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 35 tahun.

“Dengan penahanan suspek yang direman selama seminggu sehingga 11 Ogos depan itu, polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan