Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Malaysia Lee Zii Jia meraikan kemenangan pingat gangsa badminton perseorangan lelaki semasa Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte de la Chapelle di Paris pada 5 Ogos 2024. Foto AFP

PM ucap tahniah kepada Lee Zii Jia atas kejayaan menang gangsa Sukan Olimpik Paris

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, kerana berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024, malam ini.

“Tahniah Lee Zii Jia! Satu lagi persembahan memukau yang menghadirkan pingat gangsa kedua untuk negara!” katanya menerusi ciapan di platform X malam ini.

Olimpik Paris 2024: Zii Jia bangkit sumbang pingat gangsa kedua Malaysia

Ini merupakan pingat kedua buat negara pada Sukan Olimpik Paris 2024, selepas kejayaan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turut menang pingat gangsa, semalam.

Zii Jia, pemain ranking ketujuh dunia, meraih pingat gangsa menerusi aksi cemerlang menentang Lakshya Sen dari India, dengan bangkit daripada ketinggalan satu set dengan kemenangan 13-21, 21-16, 21-11 pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Paris.

Pada Ahad petang, Zii Jia yang berusia 26 tahun terpaksa akur dengan kekalahan 14-21, 15-21 kepada juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan