Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain golf profesional Malaysia Gavin Green. Foto fail AFP

Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024

ByBernama

PARIS, 5 Ogos: Penampilan pemain golf profesional negara Gavin Green di Sukan Olimpik Paris 2024 menunjukkan peningkatan selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-33 daripada 58 pemain dalam acara individu lelaki semalam.

Pada edisi 2016 di Rio dan Tokyo 2020, Gavin menamatkan saingan masing-masing di kedudukan ke-47 dan 57.

Pada saingan yang berlangsung di Le Golf National, pemain berusia 30 tahun itu berkongsi kedudukan dengan Fabrizio Zanotti dari Paraguay, apabila masing-masing mengumpul keseluruhan tiga bawah par 281, dengan Gavin terlebih dahulu menyempurnakan dua bawah par 69 pada pusingan keempat hari ini.

Pusingan berkenaan menyaksikan beliau melakukan bogey di lubang kedua, keempat dan ke-17 serta melakukan birdie di lubang ketiga, ketujuh, kesembilan, ke-10 dan ke-11.

“Prestasi ada sedikit naik dan ada turun, permulaan perlahan tapi ia satu pemulihan yang baik dan menamatkan saingan di bawah par di sini, saya terima. Ada beberapa perkara yang saya tidak gembira, dan perlu diusahakan lagi tapi ia pencapaian yang agak baik di Olimpik,” katanya kepada pemberita.

Scottie Scheffler dari Amerika Syarikat memperoleh pingat emas selepas mengumpul keseluruhan 19 bawah par 265 manakala atlet Great Britain, Tommy Fleetwood meraih perak dengan 18 bawah par 266.

Pingat gangsa pula dimenangi Hideki Matsuyama dari Jepun yang merekodkan 17 bawah par 267. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan