Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain badminton negara, Lee Zii Jia menebus kehampaan mara ke final acara itu apabila menang dalam aksi perebutan pingat gangsa menentang pemain India, Laksya Sen sebentar tadi. Foto, AFP.

Olimpik Paris 2024: Zii Jia bangkit sumbang pingat gangsa kedua Malaysia

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Pemain badminton negara, Lee Zii Jia menebus kehampaan mara ke final acara itu apabila menang dalam aksi perebutan pingat gangsa menentang pemain India, Laksya Sen sebentar tadi.

Set pertama di Porte de la Chapelle Arena menyaksikan Zii Jia tewas 13-21.

Bagaimanapun pemain ranking ketiga dunia itu bangkit mencatatkan kemenangan 21-16 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set ketiga dilihat lebih memihak kepada Zii Jia apabila memimpin perlawanan dengan tenang malah menjarakkan mata dengan 9-2 pada suatu ketika.

Lakysa pemain ke-24 dunia dilihat beberapa kali mendapatkan rawatan akibat kecederaan pada bahagian lengannya sehingga terpaksa dibalut.

Diiringi sorakan ratusan penyokong Malaysia dalam arena, Zii Jia memastikan penamat podium pada kempen Olimpik kali ini apabila tenang menamatkan permainan dengan 21-11.

Pada Olimpik 2020 Tokyo, bekas juara All England yang membuat penampilan pertama itu tersingkir di suku akhir.

Semalam kem badminton negara menyumbang pingat pertama negara menerusi beregu lelaki Aaron Chia dan Sooi Wooi Yik yang menewaskan wakil Denmark pada perlawanan penentuan tempat ketiga. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan