Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat lelaki warga asing dipercayai dibunuh ditemukan dengan beberapa kesan tikaman dalam kejadian di sebuah restoran masakan Thailand di Bukit Genting, Jalan Bukit Genting di sini awal pagi hari ini. Foto hiasan Envato

Mayat lelaki warga asing ditemukan dengan kesan tikaman

ByBernama

BALIK PULAU, 5 Ogos: Mayat lelaki warga asing dipercayai dibunuh ditemukan dengan beberapa kesan tikaman dalam kejadian di sebuah restoran masakan Thailand di Bukit Genting, Jalan Bukit Genting di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.15 pagi dan pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai maut akibat ditikam.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai bergaduh dengan beberapa warga asing yang juga rakan sekerjanya di restoran itu dan ekoran kejadian terbabit, Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang melancarkan operasi khas mengesan suspek.

“Op Kejam Genting di kawasan Balik Pulau itu telah berjaya membawa kepada penahanan lapan lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dengan penahanan sembilan lelaki berumur 20 hingga 35 tahun itu, polis percaya berjaya menyelesaikan kes terbabit dalam tempoh tidak sampai 12 jam.

Hamzah berkata pihaknya mendapati motif kejadian itu ialah ketidakpuasan hati antara mereka dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden bunuh itu.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki itu.

“Semua sembilan lelaki yang ditahan itu kini direman selama tujuh hari hingga 11 Ogos ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan