Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai dan krew kecemasan membawa mayat yang terbunuh semasa pengeboman Israel di sekolah Al-Nassr, Barat Kota Gaza, pada 4 Ogos 2024. Foto AFP

Malaysia kutuk serangan Israel ke atas dua sekolah seliaan PBB di Gaza

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terkini oleh rejim Zionis Israel yang menyasarkan dua sekolah di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu sekolah Hassan Salama dan al-Nasr di Gaza.

Dalam satu kenyataan pada Isnin (5 Ogos), Kementerian Luar Negeri Malaysia berkata “serangan biadab” itu mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 30 orang awam, yang majoritinya kanak-kanak dan ramai lagi yang tercedera.

Menurut kementerian itu, Malaysia menuntut tindak balas yang lebih konkrit dan berkesan daripada masyarakat antarabangsa, khususnya mereka yang memperjuangkan peraturan perintah antarabangsa, terhadap rejim Zionis Israel yang masih dan terus bertekad untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan dan memusnahkan Gaza.

Ia menambah bahawa rejim Zionis Israel jelas menunjukkan kepada dunia “keangkuhannya” dengan mengabaikan seruan antarabangsa bagi gencatan senjata seperti yang digariskan dalam Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735 (2024) dan untuk menghormati semua undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan antarabangsa serta hak asasi manusia.

“Malaysia akan terus berpegang teguh kepada komitmen terhadap perjuangan Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

“Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara-negara yang sepemikiran untuk kemasukan Negara Palestin ke PBB sebagai anggota penuh,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan