Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin serta isteri yang juga Pengerusi PERKEP, Norhaini Tarip mengadakan lawatan kebajikan seorang pesara pagawai kanan polis. Foto IPD Kota Samarahan

KPD Samarahan adakan lawatan kebajikan

KOTA SAMARAHAN, 5 Ogos: Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin serta isteri yang juga Pengerusi PERKEP, Norhaini Tarip mengadakan lawatan kebajikan seorang pesara pagawai kanan polis yang sedang sakit.

Superintendan (B) Leong Thian Cheng merupakan seorang pegawai kanan polis yang pernah bertugas sebagai CO Batalion 15 PPH Kem Lanang Sibu dan telah bersara pada tahun 1997.

Pesara ini kini uzur serta menghidap penyakit pneumonia dan kencing manis.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Inspektor Herman Stephen (Perlesenan Daerah) , Sarjan Pemanes Pantalusang (Pemangku Ketua Polis Balai dan Sarjan Jais Abdullah dari Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, IPD Kota Samarahan

IPD Kota Samarahan dengan kerjasama Cawangan Kebajikan Kontinjen Sarawak komited untuk menjejak pesara-pesara polis di kawasan tanggungjawab IPD Kota Samarahan untuk lawatan kebajikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan