Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui akan kehilangan pendamping dan tonggak penting dalam Perkhidmatan Awam berikutan persaraan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Tan Sri Mohd Zuki Ali. Foto Bernama & Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali (FB)

Anwar akui hilang tonggak penting perkhidmatan awam dengan persaraan Mohd Zuki

ByBernama

PUTRAJAYA, 5 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui akan kehilangan pendamping dan tonggak penting dalam Perkhidmatan Awam berikutan persaraan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Ogos di sini, Anwar berkata perhimpunan tersebut adalah yang terakhir bagi Mohd Zuki.

“Saya bersyukur kerana sejak menjadi Perdana Menteri, selain ada rakan dalam pentadbiran, saya juga didampingi tonggak penting dalam Perkhidmatan Awam iaitu Tan Sri Zuki dan kebetulan perhimpunan ini terakhir bagi beliau selaku KSN,” katanya.

Anwar berkata bermula hari pertama beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2022, Mohd Zuki telah secara konsisten memberi nasihat, cadangan dan pandangan untuk kebaikan perkhidmatan awam dan negara.

“Saya menghargai dan terhutang budi kepada beliau kerana walaupun berpengalaman berkhidmat dengan Perdana Menteri sebelum ini, tetapi beliau tetap menjalankan khidmat secara professional,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan