Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kontinjen Perak meletakkan harapan tinggi khususnya kepada pasukan judo, silat, kabaddi, silambam, muay thai, kriket dan hoki, untuk membawa pulang emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan bermula dari 17 hingga 24 Ogos. Foto hiasan Envato

SUKMA: Judo, silat, kabaddi antara sukan sasaran emas untuk Perak – Saarani

ByBernama

IPOH, 4 Ogos: Kontinjen Perak meletakkan harapan tinggi khususnya kepada pasukan judo, silat, kabaddi, silambam, muay thai, kriket dan hoki, untuk membawa pulang emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan bermula dari 17 hingga 24 Ogos.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kontinjen Perak menyasarkan pungutan sekurang-kurangnya 35 pingat emas dan kedudukan lima terbaik pada penganjuran SUKMA kali ini, dan yakin sasaran itu mampu dicapai meskipun mencabar.

“Slogan kita Silver to Gold! bukan sekadar retorik, tetapi mencerminkan tekad untuk meningkatkan pencapaian daripada edisi SUKMA yang lalu, yang kita menduduki tangga kelapan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA Negeri Perak 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata dalam usaha mempersiapkan para atlet, kerajaan negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif penting iaitu melangsungkan tiga kem motivasi, termasuk Kem SUKMA Negeri Perak Silver to Gold, Kem Atlet Podium Perak dan Kem Belang Tarung Tiga Warna, manakala program pusat latihan fasa akhir sedang giat dijalankan.

Sebagai tanda penghargaan pula, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Perak telah menyediakan insentif kemenangan kepada atlet yang menyumbang pingat untuk negeri pada SUKMA kali ini.

Saarani berkata pemenang pingat emas individu akan menerima RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM1,000, manakala bagi kategori berpasukan ialah RM2,500 untuk pingat emas, RM1,500 untuk perak, dan RM500 untuk gangsa.

“Jurulatih dan pengurus juga akan menerima insentif berdasarkan pencapaian atlet di bawah didikan mereka.

“Sekiranya ada pencapaian luar biasa, insentifnya pun luar biasa, tengok kepada keadaan itu,” katanya ditanya berhubung insentif tambahan sekiranya atlet SUKMA kali ini mencatat kejayaan luar biasa.

Pada SUKMA Kuala Lumpur, Perak mengutip 27 pingat emas, 28 perak dan 46 gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan