Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
CUEPACS berpandangan langkah mewajibkan penjawat awam melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh dilakukan terutama mereka yang sudah menunjukkan tanda-tanda obesiti. Foto, Envato.

Penjawat awam obesiti: CEUPACS cadang pemeriksaan kesihatan berkala

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 4 Ogos:Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpandangan langkah mewajibkan penjawat awam melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh dilakukan terutama mereka yang sudah menunjukkan tanda-tanda obesiti.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, langkah berkenaan juga perlu dilakukan terhadap penjawat awam dalam lingkungan umur 40 tahun ke atas.

Kata beliau, program kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) boleh dilakukan untuk mengawal dan memantau kumpulan penjawat awam yang mempunyai masalah obesiti.

“Objektif khusus program ini adalah mengenalpasti kumpulan penjawat awam berisiko dan faktor kepada penyumbang masalah tersebut kemudian disusuli dengan merangka dan melaksanakan program intervensi.

“Setiap program intervesi yang dilaksanakan perlu dinilai keberkesanannya supaya mencapai objektif yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali kelmarin mengenai 50 peratus penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan.

Sementara itu Adnan berkata, hanya penjawat awam yang menunjukkan penurunan positif sahaja boleh dibebaskan daripada program intervensi yang dilaksanakan tetapi perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengelakkan masalah itu berulang.

“Perkara yang sama boleh dilaksanakan di sektor swasta bagi memastikan golongan pekerja di Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat disamping melakukan aktiviti pekerjaan lain.

“Tindakan bersama oleh majikan masing-masing boleh membantu mengurangkan masalah obesiti di Malaysia dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata, masalah berat badan berlebihan bukanlah suatu perkara yang baharu di Malaysia dan tidak hanya membabitkan penjawat awam sahaja.

“Menurut KKM melalui laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan sebanyak 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan.

“Rekod itu meningkat tiga peratus berbanding 50.1 peratus pada 2019. Dalam hal ini, masalah kegemukan berlebihan bukan merujuk kepada penjawat awam sahaja kerana ia melibatkan semua rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan