Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persembahan kemuncak nyanyian daripada artis terkenal tanah air, Anuar Zain pada Malam Gala Miri Arts Festival 2024 (MAF'24) di Pullman Miri Waterfront. Foto Jazni Hanif (TVS)

Lebih 1,000 hadiri Malam Gala MAF’24

BySalasiah Safian

MIRI, 4 Ogos: Seramai lebih 1,000 orang menghadiri Malam Gala Miri Arts Festival 2024 (MAF’24) di Pullman Miri Waterfront di sini, malam tadi.

Majlis yang berlangsung pada jam 9 malam dimulakan dengan persembahan dari Live Band (New Village Music Lab) yang kemudiannya berkolaborasi dengan pemain biola Nisa Addina.

Penonton juga dipukau dengan Live Art Expression daripada MahsuriShark.

Majlis pada malam tersebut diteruskan lagi dengan Stand-up Comedy daripada Douglas Lim yang berjaya membuatkan penonton tidak kering gusi.

Acara kemuncak majlis adalah persembahan nyanyian daripada artis terkenal tanah air iaitu Anuar Zain.

Para peminat dari Sarawak, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Brunei tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan bersama artis pujaan mereka.

Anuar Zain mendendangkan lebih lima buah lagu termasuk ‘Lelaki Ini’, ‘Sedetik Lebih’, dan ‘Keabadian Cinta’.

MAF’24 berlangsung dari 1 hingga 4 Ogos 2024 di Pullman Miri Waterfront. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan