Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus pada Perasmian Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2024 di Kampung Tegarai Limbang. Foto TVS

Generasi muda mampu lonjak ekonomi Sarawak – Awang Tengah

LIMBANG, 4 Ogos: Sarawak memerlukan sokongan generasi muda yang kreatif dan inovatif bagi melonjakkan ekonomi negeri ini terus maju ke hadapan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memperkenalkan ekonomi digital dan ekonomi hijau untuk mengubah struktur ekonomi Sarawak.

“Justeru itu, bagi melonjakkan ekonomi Sarawak terus maju ke hadapan, Sarawak memerlukan sokongan generasi muda yang kreatif dan inovatif.

“Premier telah memperkenalkan ekonomi digital dan ekonomi hijau untuk mengubah struktur ekonomi Sarawak, dan saya harap anak-anak Kedayan tidak ketinggalan, malah akan terlibat secara langsung dalam sektor ekonomi wilayah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus pada Perasmian Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2024 di Kampung Tegarai hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Katanya, Abang Johari memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di seluruh pelosok Sarawak serta menjaga kebajikan rakyatnya.

“Kerajaan Sarawak menyasarkan menjelang 2030, Sarawak akan mencapai status wilayah maju dengan pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM15,000.

Awang Tengah turut menyeru semua masyarakat Kedayan agar terus menyokong Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi kesinambungan agenda pembangunan yang mampan di Wilayah Sarawak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan