Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa yang terpedaya telah membuat lima kali transaksi ke akaun bank pihak ketiga selepas diberikan oleh suspek sehingga berjumlah RM9,200. Foto hiasan Envato

Wanita rugi RM9,200 terpedaya pembelian British Shorthair

MIRI, 3 Ogos: Seorang wanita rugi RM9,200 selepas terpedaya dengan sindiket e-dagang melibatkan urusan pembelian kucing baka bulu pendek, British Shorthair di satu kumpulan applikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima laporan berhubung kes itu Khamis lalu.

“Mangsa seorang wanita tempatan yang merupakan pekerja syarikat swasta berusia 40-an berminat dan membuat urusan pembelian haiwan peliharaan itu.

“Mangsa diarahkan untuk membuat beberapa transaksi pindaan wang secara dalam talian kepada suspek sebagai bayaran bagi mendapatkan haiwan peliharaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang terpedaya membuat lima kali transaksi ke akaun bank pihak ketiga selepas diberikan oleh suspek sehingga berjumlah RM9,200.

“Namun sehingga laporan polis dibuat haiwan peliharaan yang dijanjikan masih tidak diterima dan suspek masih meminta bayaran dengan pelbagai alasan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan, yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun, sebat dan denda jika disabit kesalahan,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan