Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Jawatankuasa Pengurusan Liam Dato Koh Yaw Hui berucap semasa Majlis Pelancaran Liam-Rose Foundation Collaboration Leaving No One Behind HPV Screening Program di Hotel Pullman Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Tingkat kesedaran kaum wanita terhadap ujian HPV

KUCHING, 3 Ogos: Usaha kerjasama Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) bersama Rose Foundation dalam program Leaving No One Behind HPV Screening bertujuan meningkatkan kesedaran kaum wanita terhadap ujian virus papiloma manusia (HPV) dan kanser berkaitan.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan Liam Dato Koh Yaw Hui berkata, industri insurans hayat komited dan mahu berkembang dengan kemajuan dalam perubatan, penjagaan serta pencegahan, kanser serviks terutama dalam komuniti kurang mendapat perkhidmatan dan terpencil.

Menurutnya, melalui peluasan agenda program Pemeriksaan HPV boleh meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat.

“Industri insurans hayat komited dan mengiktiraf kanser serviks sebagai penyakit boleh dicegah dan insurans hayat mesti berkembang dengan kemajuan dalam perubatan dan penjagaan pencegahan terutama dalam komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan terpencil.

“Melalui Program ini kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang kanser berkaitan HPV dengan menekankan pencegahan dan pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian Majlis Pelancaran Liam-Rose Foundation Collaboration Leaving No One Behind HPV Screening Program di Hotel Pullman Kuching pada Sabtu.

Tambahnya, program bersama Rose Foundation diperluas dengan melibatkan pemeriksaan HPV untuk wanita berumur 30 sehingga 65 tahun dengan harapan melindungi mereka.

“Hari ini, dengan kerjasama Rose Foundation kami memperluaskan program untuk memasukkan pemeriksaan HPV untuk wanita berumur 30-65.

“Ini bagi memerangi kanser serviks dalam keluarga kerana ianya boleh dicegah dan dirawat,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan