Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyerahan bendera Ibu Pertiwi kepada Ketua Kontinjen SUKMA Sarawak di sebuah hotel di Kuching, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

‘Rumah Putih’ Sarawak adalah pejabat pentadbiran, bukan kediaman – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 2 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan Kompleks ‘Rumah Putih’ Sarawak yang dibina berhampiran Wisma Pelita, Petra Jaya, sebuah kediaman dan menjelaskan bangunan itu merupakan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut beliau, kompleks yang direka dengan ciri keselamatan canggih itu berfungsi sebagai pusat penyimpanan data Kerajaan Sarawak.

“Ia adalah pejabat dan bukannya kediaman. Ia direka dengan ciri keselamatan untuk melindungi data kerajaan negeri kerana bangunan sekarang ini iaitu Wisma Bapa Malaysia terbuka kepada orang awam,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan bendera Ibu Pertiwi kepada Ketua Kontinjen SUKMA Sarawak di sebuah hotel di Kuching, hari ini.

Sementara itu, ketika disoal berkaitan kos keseluruhan pembinaan bangunan kompleks itu, Abang Johari memberitahu ia akan dimaklumkan kemudian.

Sebelum ini beberapa portal berita tempatan melaporkan, bangunan yang sedang dibina di hadapan bulatan Datuk Amar Abang Haji Suleiman itu juga didirikan sebagai pejabat pentadbiran untuk Premier Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan