Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara warga asing yang ditahan pada operasi OP Mega Bahagian Pencegahan ATIPSOM Bukit Aman yang dijalankan oleh anggota polis di sebuah kondominium Jalan Ampang pada Jumaat. Foto Bernama

Polis tahan 20 warga asing, selamatkan wanita warga Tanzania disyaki mangsa eksploitasi seks

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Polis menahan 20 warganegara asing termasuk dua kanak-kanak dalam operasi di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang di sini pada Jumaat atas pelbagai kesalahan termasuk di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula pada 10.30 pagi itu berusia dua hingga 40 tahun, terdiri daripada 14 warganegara Nigeria, Tanzania (tiga) Uganda (dua) dan seorang warga Maldives.

Beliau berkata kesemua mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM serta Seksyen 55D, Seksyen 15(1) (c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mohd Shuhaily berkata pihaknya turut menyelamatkan seorang wanita warganegara Tanzania berusia 24 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks.

“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang relevan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, seorang pekerja di pangsapuri berkenaan yang enggan dikenali berkata banyak aduan membabitkan warga Afrika di situ seperti membuat bising dan mabuk hingga merosakkan harta benda.

“Pihak pengurusan ada terima aduan mereka membuat bising kerana mabuk selain bergaduh sampai keluar rumah dalam keadaan berbogel,” katanya ketika ditemui Bernama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan