SINGAPURA, 3 Ogos: Polis Singapura sedang menyiasat 323 suspek berkaitan kesalahan penipuan selepas menjalankan operasi dari 19 Julai hingga 1 Ogos, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh polis, lapor Xinhua.
Suspek itu disyaki terlibat dalam lebih 1,100 kes, termasuk penipuan e-dagang, penipuan pelaburan, penipuan penyamaran rakan, penipuan cinta dalam talian, dan penipuan pekerjaan.
Polis berkata mangsa telah kerugian lebih S$10 juta (US$7.5 juta).
Suspek berkenaan disiasat atas kesalahan menipu, pengubahan wang haram, atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen. -TVS