KUCHING, 3 Ogos: Pertunjukan budaya Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu Sarawak akan diadakan dua kali sebulan bermula hari ini di Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai di sini.
Menurut wakil Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Samsol Morshidi, pihaknya julung kali menganjurkan program berkenaan bersama Kementerian Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.
“Program ini akan diadakan selama lima bulan yang dijangka berakhir pada 29 Disember 2024,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Hantaran berkenaan turut mendedahkan ketetapan tarikh program seterusnya pada 25 Ogos ini.
Diikuti 7 dan 21 Sept, 5 dan 12 Okt, 9 dan 16 Nov dan berakhir pada 21 dan 29 Disember depan.
“Ayuh kita datang beramai-ramai,” pelawanya. – TVS