Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi bual bicara bersama Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong sempena program Jelajah Komuniti Digital bertempat di SMK Kapit, pada Sabtu. Foto TVS

Perkasa komuniti luar bandar supaya lebih celik teknologi

ByMadeline Dugat

KAPIT, 3 Ogos: Program Jelajah Komuniti Digital menjadi platform memperkasa komuniti luar bandar supaya lebih celik teknologi dan ekonomi digital.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai inisiatif pemerkasaan teknologi digital dalam kalangan bakat tempatan.

Menurutnya, dunia kini semakin beralih kepada paperless yang memberi kelebihan kerana menjimatkan masa dan tenaga kerja supaya menjadi lebih efisien.

”Tujuan Kementerian Digital adalah memberi perkhidmatan untuk masa depan. Kita tidak lagi menggunakan kertas kerana mengamalkan paperless,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jelajah Komuniti Digital bersama-sama pelajar luar bandar dengan kerjasama Alibaba Cloud bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit hari ini.

Sementara itu menurutnya, pembangunan aplikasi permainan pada masa kini dilihat sebagai salah satu ekonomi gig yang boleh menjadi sumber pendapatan sampingan terutama dalam sektor e-sukan.

Beliau berkata, kementeriannya di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)menyediakan dana kepada syarikat yang ingin membangunkan permainan e-sukan.

Program Jelajah Komuniti Digital ini merupakan inisiatif yang julung kali diadakan bagi memberi pendidikan dan pendedahan digital kepada hampir 700 pelajar dan 50 guru dari kawasan luar bandar.

Selain itu, Syarikat Alibaba Cloud dan Cyber Security Malaysia turut terlibat memberi ceramah berkaitan keselamatan siber dan menjalankan beberapa aktiviti khusus kepada pelajar.

Program Junior Award Scheme For Schools yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk pelajar sekolah rendah turut dilancarkan bersempena siri jelajah kali ini。

Katanya, ini bertujuan meningkatkan nilai tambah pelajar dan memupuk bakat digital dalam kalangan pelajar.

Dalam pada itu, Ugak turut memperuntukkan RM200,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SMK Kapit.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan