Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azeem Fahmi ketika beraksi dalam acara 100 Meter Lelaki pusingan pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024, di Arena Stade De France. Foto Bernama

Perjuangan pelari pecut negara berakhir

ByTVS

PARIS, 3 Ogos: Impian untuk melihat pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi melangkah jauh dalam temasya Olimpik kali ini tidak kesampaian selepas terkandas di saringan kedua, pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Sabtu.

Azeem mengakhiri saingan tersebut di kedudukan terakhir dengan catatan masa 10.45 saat (s) dalam aksi yang berlangsung di Stade de France.

Kegagalan untuk bermula dengan baik pada permulaan larian menjejaskan persembahannya sekali gus terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada acara tersebut.

Saringan tersebut dimenangi pelari Kenya, Ferdinand Omanyala yang mencatat 10.08s diikuti atlet Itali, Chituru Ali di tempat kedua (10.12s) dan Pelari Jerman, Joshua Hartmann (10.16s) dengan hanya tiga pelari teratas layak ke pusingan seterusnya.

Sebelum itu, pelari berusia 20 tahun tersebut layak ke pusingan pertama selepas berada di kedudukan kedua dengan catatan 10.42s.

Pelari kelahiran Teluk Intan tersebut beraksi dalam acara riben biru di Paris 2024 atas tiket wild card oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan