Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Daerah Limbang. Foto TVS

Langkah baik mengatasi kekurangan tenaga pengajar

LIMBANG, 3 Ogos: Pengisian jawatan guru untuk anak Sarawak yang memiliki ijazah sarjana muda dari universiti awam dan swasta di bawah Pengambilan Khas Sarawak 2024 mampu mengatasi kekurangan tenaga pengajar.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata pengumuman yang dibuat Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn baru-baru ini merupakan perkembangan baik dan berita gembira buat anak Sarawak.

“Ini satu perkembangan yang baik untuk mengatasi kekurangan tenaga pengajar dan ia akan mampu mengatasi kekurangan guru di Sarawak,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Daerah Limbang di Dewan Sri Perdana, SMK Seri Patiambun Limbang hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata Sarawak menyediakan peruntukan RM100 juta bagi kerja baik pulih sekolah daif dan RM100 juta lagi untuk klinik daif.

“ Inisiatif (pembiayaan terlebih dahulu) ini, kita boleh mempercepatkan pelaksanaan projek.

” Sarawak boleh mendahulukan peruntukan dan kemudian Kerajaan Persekutuan akan bayar (semula),” katanya.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak amat prihatin terhadap sistem pendidikan di Sarawak dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM160 juta di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) untuk membaik pulih dan membina baharu sekolah daif di Bahagian Limbang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan