Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR sedang giat melakukan pencarian sebelum berjaya menemui mayat mangsa. Foto BBP Bintangor

Kakitangan awam terjatuh ke dalam sungai ditemui lemas

SARIKEI, 3 Ogos: Seorang kakitangan awam yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Julau ditemui lemas oleh pasukan menyelamat yang meneruskan operasi pencarian petang tadi.

Mayat Muhamad Ikram Imran, 26, dijumpai pada jam 7.51 malam tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, selain pencarian di sekitar lokasi, operasi turut dibantu pasukan penyelam pada jam 6.48 petang.

“TIndakan operasi bersama agensi lain berusaha mencari di sekitar tebing sungai serta melakukan carian dengan kaedah selaman oleh Unit Khas Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon Sibu.

“Mayat mangsa akhirnya berjaya dijumpai dalam radius 50 meter dari lokasi terakhir dan mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam insiden kira -kira 11.30 pagi itu mangsa yang dilaporkan memancing bersama-sama dua lagi rakannya dipercayai jatuh ke sungai ketika sedang berusaha melepaskan pancing yang tersangkut.

Menurut Nicholas, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 11.45 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan operasi pencarian.

“Operasi turut dibantui polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebelum menemui mangsa,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan