Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, Sabri mengetuai solat jenazah ghaib untuk Haniyeh. Foto AFP

Israel tahan Imam Masjid Al-Aqsa

ByBernama

ANKARA, 3 Ogos: Polis Israel pada Jumaat menahan imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri kerana berkabung atas kematian ketua politik Hamas, Ismail Haniyeh, lapor Agensi Anadolu.

Hamas dan Iran menuduh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan Haniyeh pada Rabu, tetapi Tel Aviv belum mengesahkan atau menafikan keterlibatannya.

Saksi mendakwa polis Israel menyerbu rumah Imam itu di Baitulmaqdis Timur dan menahannya, lapor Agensi Anadolu.

Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, Sabri mengetuai solat jenazah ghaib untuk Haniyeh.

“Penduduk Baitulmaqdis dan sekitarnya dari mimbar Masjid Al-Aqsa yang diberkati berkabung atas syahidnya Ismail Haniyeh,” katanya dalam khutbah.

Selepas khutbah, polis Israel menjalankan siasatan sama ada kenyataan itu merupakan “hasutan” dan akan bertindak sewajarnya.

Imam berusia 85 tahun itu pernah ditahan beberapa kali oleh tentera Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan.

Sabri adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel di wilayah Palestin yang berlanjutan selama beberapa dekad.

Beliau pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan