Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa berlaku pada 6.22 pagi waktu tempatan pada kedalaman sembilan kilometer, kira-kira 66 kilometer timur laut bandar pesisir Lingig. Foto Philippine Institute of Volcanology and Seismology (FB)

Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa selatan Filipina

ByBernama

MANILA, 3 Ogos: Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.8 pada skala Richter melanda wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pada pagi Sabtu, lapor Xinhua memetik Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Gempa berlaku pada 6.22 pagi waktu tempatan pada kedalaman sembilan kilometer, kira-kira 66 kilometer timur laut bandar pesisir Lingig.

Gegaran turut dirasai di beberapa wilayah di Mindanao termasuk Agusan del Sur, Davao de Oro, Davao City, Davao Occidental dan beberapa kawasan di tengah Filipina.

Gempa tektonik itu dijangka menyebabkan gegaran susulan tetapi tidak mengakibatkan kerosakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan