Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Faisal Halim bakal membuat kemunculan bersama pasukan Gergasi Merah apabila berada dalam senarai pemain dalam pertemuan separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu FC malam ini.

Faisal Halim bakal membuat kemunculan

ByTVS

KUCHING, 3 Ogos, Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim bakal membuat kemunculan bersama pasukan Gergasi Merah apabila berada dalam senarai pemain dalam pertemuan separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu FC malam ini.

Faisal yang sebelum ini terpaksa berehat panjang selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu diletakkan di bangku simpanan.

Tidak dapat dipastikan sama ada pemain berusia 26 tahun itu akan dimasukkan sebagai pemain gantian atau tidak namun kehadirannya sudah tentu akan meningkatkan motivasi pemain Selangor.

Difahamkan, Faisal juga akan memakai topeng muka khas untuk mengelakkan sebarang luka kepada kecederaan yang dialaminya itu.

Sebelum ini, Selangor berteka-teki kemungkinan Faisal akan kembali beraksi selepas memuatnaik satu video latihan yang dikaburkan di laman sosial mereka, namun dari segi gerakan ia jelas kelibat Faisal.

Skuad gergasi Lembah Klang itu dalam misi untuk mara ke final dan perlu meraih kemenangan selepas tewas 2-3 pada separuh akhir pertama di Kuala Terengganu baru-baru ini.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan