Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

Transformasi bank digital perlu dipercepatkan, diberi laluan pantas – PM Anwar

ByBernama

PETALING JAYA, 2 Ogos: Transformasi bank digital di Malaysia perlu dipercepatkan dan diberi laluan pantas supaya dapat bergerak maju dan tidak ketinggalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia bukan antara yang terawal memperkenalkan bank digital di rantau ini dan agak ketinggalan dalam beberapa aspek.

Anwar turut menekankan kerajaan, melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Digital memberikan sokongan supaya bank digital tidak lagi terhambat dan terhalang dengan peraturan dan proses yang lama.

“Cabaran untuk GXBank dan bank digital lain ialah melakukan perubahan itu dalam kadar yang lebih laju dan pesat.

“Saya yakin seluruh keluarga GXBank ini akan menyahut cabaran ini dengan berani,” katanya pada Majlis Peluncuran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di sini hari ini.

Anwar menegaskan bank digital perlu memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat untuk kekal mampan, selain meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat mengenai bank digital.

“Bagi saya, jika ekonomi itu tidak merakyatkan, maka ekonomi itu tidak mampan,” kata beliau.

Beliau berkata angka pertumbuhan negara, jumlah pelaburan, kawalan inflasi dan pengangguran kini membanggakan dan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu berdaya saing dengan negara lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan