Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Penguang Manggil semasa gimik perasmian. Foto TVS

Selaraskan bahasa Iban di seluruh Sarawak

MIRI, 2 Ogos: Terdapat keperluan untuk menyelaraskan dan membetulkan bahasa Iban secara keseluruhan di Sarawak kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr. Penguang Manggil.

Beliau berkata, keperluan itu kerana bahasa Iban dari setiap bahagian di Sarawak didapati mengalami percampuran dengan satu sama lain.

“Di Bahagian Miri terdapat orang Iban yang datang dari pelbagai seluruh Sarawak iaitu Lubok Antu, Betong, Saratok, Ulu Rajang, Kanowit, Limbang dan sebagainya.

“Jadi perkataan atau percakapan Iban itu adalah bercampur-aduk sedikit.

“Tujuan kita mengadakan simposium ini adalah untuk menyelaraskan dan membetulkan percakapan Iban yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Simposium Jaku Iban dan Pengelandik Jari Tikas Sarawak 2024 di sebuah hotel pada Jumaat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Simposium Jaku Iban dan Pengelandik Jari Tikas Sarawak berharap simposium  itu dapat meningkatkan serta mengembangkan bahasa Iban dan kraftangan bukan saja dalam kalangan orang tua malah turut melibatkan generasi muda.

Katanya, simposium tersebut  merupakan platform membincangkan isu berkaitan bahasa Iban, mempersembahkan keunikan keseniaan kebudayaan masyarakat, menggalakkan perkembangan perkembangan bahan arkib, digitalisasi dan kraftangan.

Simposium tersebut disertai 400 perserta yang menampilkan pakar dalam percakapan bahasa Iban dan kraftangan dengan pembentangan enam kertas kerja dan tiga forum berkaitan topik tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan