KUCHING, 2 Ogos: Sarawak bersedia menjadi tuan rumah kali kedua ‘International Conference Special Educational‘ pada Julai 2025.
Kira-kira 300 peserta dijangka hadir pada persidangan termasuk dari negara-negara Asia Tenggara.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata persidangan tersebut akan memberi manfaat kepada masyarakat berikutan ia merupakan sebuah perkongsian berkenaan kanak-kanak yang berkeperluan khas.
“Insya-Allah kita akan bersedia untuk menjadi tuan rumah untuk persidangan ini bagi kita ini adalah satu forum yang sangat bagus di mana kita dapat mendengar dan juga mendapat manfaat berkaitan dengan amalan terbaik yang dilakukan di pelbagai negara.
“Hal ini kerana lebih banyak kita berinteraksi lebih banyak kita berkongsi maklumat sekaligus lebih baik untuk komuniti kanak-kanak berkeperluan khas kita dan inilah yang kita mahu untuk Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas kunjungan hormat daripada Seameo Regional Centre For Special Needs (SEAMEO SEN) di Bangunan Baitulmakmur 2 di Kuching pada Jumaat.
Di sampung itu, Pengarah Seameo Regional Centre For Special Needs (SEAMEO SEN), Jamilah Kadir berkata kunjungan mereka itu bertujuan untuk berkongsi maklumat dan membincangkan potensi latihan kepada Petugas PDK di Negeri Sarawak dengan menggunakan Modul Latihan Kemahiran Penjagaan Kanak-kanak Autistik (ASD).
Jelasnya, pihaknya turut menerangkan tentang modul World Health Organization’s Caregiver Skills Training (WHO-CST) telah dialih bahasa ke bahasa Melayu.
“Tujuan kami melawat Datuk Seri pada pagi ini adalah untuk menerangkan tentang modul CST kami yang telah dialih bahasa ke bahasa Melayu dan kami nak melaksanakan program ini ataupun modul ini ke PDK yang terlibat. -TVS