Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Penang FC cuba melepaskan diri dalam aksi menentang Kelantan Darul Naim FC malam tadi. Foto MFL

Penang FC lakar kemenangan sulung di gelanggang sendiri

ByMahathir Haroun

GEORGETOWN, 2 Ogos: Semua pemain Penang FC mengambil tanggungjawab dan menjalankan peranan masing-masing dengan baik, kata Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Akmal yang merupakan pengandali Penang FC berkata, komitmen ditunjukkan itu membuatkan anak buahnya melakar kemenangan sulung di laman sendiri pada aksi menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di Stadium Bandaraya malam tadi.

Beliau berharap momentum kecemerlangan itu dapat diteruskan pada perlawanan mendatang.

“Bukan mudah bermain dengan pasukan Kelantan yang mempunyai ramai pemain muda dan sentiasa berlari apabila mereka bertahan dan menyerang, saya berharap momentum kemenangan ini dapat dikekalkan semasa kita bertandang ke Kuching minggu depan.

“Alhamdulillah pemain mempamerkan aksi yang baik, apa yang penting tiga jaringan dapat dihasilkan malam ini (semalam) dan buat kali keempat (perlawanan) kita tidak bolos apa yang saya lihat juga pemain sentiasa bersaing merebut tempat, itu cukup baik.

“Jadi saya berpuas hati, yang penting kemenangan tiga mata cukup penting, saya berharap kemenangan ini menjadi motivasi terbaik untuk kita terus bersaing dengan pasukan yang lebih besar,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Akmal menjelaskan, beliau berikrar mendapatkan keputusan terbaik dalam setiap perlawanan ditempuh.

“Bagi saya setiap perlawanan dalam Liga Super penting kalau kita kehilangan mata, kita akan tercicir ia penting kerana kita mahu bersaing dengan pasukan-pasukan yang berada di atas kita dan kita tidak mahu ketinggalan mata,” ujarnya.

Penang FC pada ketika ini mendaki tangga ketujuh liga mendahului Kedah FC dengan kutipan sembilan mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan