Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan beregu badminton wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah. Foto AFP

Pearly Tan, M Thinaah gagal runtuhkan Tembok Besar China

ByLuqman Muhammad

PARIS, 2 Ogos: Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah gagal meneruskan kemaraan ke final sukan Olimpik Paris 2024 selepas tewas dalam perlawanan penuh dramatik ketika berdepan pemain Tembok Besar China.

Pasangan negara itu terpaksa akur apabila tewas di tangan beregu nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan pada aksi yang berlangsung di gelanggang badminton Porte de La Chapelle Arena sebentar tadi.

Perlawanan itu menyaksikan beregu Malaysia tumbang ditangan beregu China dengan keputusan 21-12, 18-21 dan 21-15.

Ini menyaksikan pasangan beregu negara akan berentap untuk merebut butiran pingat gangsa selepas terlepas peluang untuk menggengam kilauan emas.

Sebagai rekod Pearly Tan- M. Thinaah telah melakar sejarahapabila tampil sebagai beregu wanita pertama melangkah ke peringkat separuh akhir sukan Olimpik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan